Hak-hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pernbelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak kedua-dua pihak yang terabai. Undangundang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri. Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha-usaha membendung inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.

0 comments:

Post a Comment

Copyright 2010 PenggunaPro
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger